top of page
Search

Doa agar Allah anugerahkan keselesaan dan kekuatan

  • Writer: sallonne sallonne
    sallonne sallonne
  • Jul 20, 2019
  • 1 min read

Allah berkuasa melakukan apa sahaja mengikut kemahuanNya.



"Kami memohon dariMu Ya Allah, agar Kau berikan rasa nyaman sungguhpun di kala teriknya matahari”

Duhai Allah Yang Memiliki Alam Raya ini...

Engkaulah yang berkuasa ke atas segala apa yang ada di bumi dan di langit...


Ya Allah... Kaulah yang berkuasa mengirimkan angin, awan dan hujan...

Kau jugalah yang berkuasa memberikan rasa panas dan dingin...

Kau jugalah yang berkuasa memberikan rasa kesulitan dan keselesaan...


Kami hambaMu yang lemah ini bermohon padaMu....

... agar Kau anugerahkan keselesaan sepanjang kembara haji/umrah ini...

... agar Kau berikan rasa nyaman sungguhpun di kala teriknya matahari...

... agar Kau berikan rasa selesa sungguhpun di kala kedinginan

... agar Kau anugerahkan rasa selesa sungguhpun di kala suasana yang berhabuk...

... agar Kau anugerahkan rasa sihat dan kuat sungguhpun mungkin keletihan...


Teguhkan kaki kami, tangan kami, fikiran kami, jiwa kami, semangat kami.......

kerana kami yakin jika Kau katakan 'kun fayakun'... semuanya bisa berlaku dengan keinginanMu..

tiada suatu pun yang mustahil dariMu...

bantu kami Ya Allah...3x... hambaMu yang lemah ini...


aamin.

コメント


bottom of page