top of page
Search

Doa keampunan kerana sombong dan lupa diri

  • Writer: sallonne sallonne
    sallonne sallonne
  • Jul 19, 2019
  • 1 min read

Kita rasa semuanya kerana usaha kita.




Duhai Allah Yang Maha Pengasih...

Ampunkan kami jika selama ini tanpa kami sedari, kami lebih banyak bergantung harap kepada makhluk-makhlukMu..

Ampunkan kami jika selama ini kesibukan urusan dunia kami membuatkan kami lalai dari mengingatiMu...

Ampunkan kami Ya Allah, jika selama ini kami lupa mensyukuri nikmat harta dan wang ringgit pemberianMu...

Ampunkan kami... kerana selama ini kami sombong mengatakan bahawa segala harta dan wang ringgit yang kami perolehi itu adalah kerana semata-mata kerana usaha, ilmu, kepandaian dan pengalaman yang ada pada diri kami...

Kami sombong kepada makhluk-makhlukMu...

Kami sesungguhnya sombong kepada Mu... astaghfirullah...

Kami lupa dan lalai... bahawa segalanya adalah anugerahMu... segalaNya adalah dengan izinMu... segalaNya adalah semata-mata pinjaman dariMu..


Ampunkan kami Ya Allah kerana selama ini kami hanya memohon dunia dariMu...

Tunjukkan kami duhai Allah... jalan yang lurus dan jalan yang Kau redhoi...

Ampunkan kami Ya Allah.... , aamin.“Mereka terbuka hati semata-mata kerana Allah-lah yang meniupkan rasa cinta di jiwa agar ingin segera berangkat pergi!.”

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah, kita telah diizinkanNya berada di Bumi Suci....



Comentarios


bottom of page