top of page
Search

Doa memohon keampunan (1)

  • Writer: sallonne sallonne
    sallonne sallonne
  • Jul 21, 2019
  • 1 min read

Updated: Jul 22, 2019

Allah Maha Pengampun. Allah sentiasa membuka seluas-luasnya pintu keampunan.




“Ampunkan kami Ya Allah kerana selama ini kami hanya memohon dunia dariMu.”

Duhai Allah Yang Maha Pengasih...


Ampunkan kami jika selama ini tanpa kami sedari, kami lebih banyak bergantung harap

.... kepada makhluk-makhlukMu..

Ampunkan kami jika selama ini kesibukan urusan dunia kami membuatkan kami lalai dari mengingatiMu...

Ampunkan kami Ya Allah, jika selama ini kami lupa mensyukuri nikmat harta dan wang ringgit pemberianMu...

Ampunkan kami... kerana selama ini kami sombong mengatakan bahawa.....

... segala harta dan wang ringgit yang kami perolehi itu adalah kerana semata-mata kerana...

... usaha, ilmu, kepandaian dan pengalaman yang ada pada diri kami...


Kami sombong kepada makhluk-makhlukMu...

Kami sesungguhnya sombong kepada Mu... astaghfirullah...


Kami lupa dan lalai...

.... bahawa segalanya adalah anugerahMu... segalaNya adalah dengan izinMu...

.... segalaNya adalah semata-mata pinjaman dariMu..


Ampunkan kami Ya Allah kerana selama ini kami hanya memohon dunia dariMu...

Tunjukkan kami duhai Allah... jalan yang lurus dan jalan yang Kau redhoi...

Ampunkan kami Ya Allah.... , aamin.

Commentaires


bottom of page