top of page
Search

Jemaah perlu sentiasa bijak menangani ujian emosi

  • Writer: sallonne sallonne
    sallonne sallonne
  • Jul 20, 2019
  • 1 min read

Bijak mengurus emosi, ibadah dapat terus dihayati.



“Kesan kemarahan, berkecil hati dan kecewa yang tidak dikawal dengan baik mungkin akan dibawa hinggalah melangkah ke dalam masjid.”

Terima kasih banyak di atas pandangan dan keprihatinan anda dalam hal memelihara akhlak sepanjang berada di tanah suci. Kami sangat bersetuju agar modul khusus menangani isu emosi dan akhlak semasa di tanah suci dimasukkan dalam sesi persediaan ke tanah suci. Isi kandungan modul sebaiknya mencakupi hal teori dan praktikal sekali.


Hal ini sangat penting sebagai persediaan mendepani situasi sekiranya jemaah mengalami ujian emosi di tanah suci. Kesan kemarahan, berkecil hati dan kecewa yang tidak dikawal dengan baik mungkin akan dibawa hinggalah melangkah ke dalam masjid. Hinggakan, dalam solat dan tawaf pun mungkin masih teringat-ingatkan kejadian yang menimpa diri.


Sebagai persediaan mental, sebaiknya jemaah harus sentiasa peka dengan perasaan yang dialami. Seterusnya, jemaah harus bijaksana menangani sebarang situasi ujian emosi yang mungkin dihadapi agar ibadah dapat terus dihayati.


Sekian, terima kasih di atas buah bicara anda. Kami ingin mendengar lagi... Wassalam.

Comments


bottom of page