Pelan tindakan menuju Arafah
- sallonne sallonne
- Jul 23, 2019
- 2 min read
Updated: Apr 22, 2024
Kita mungkin hanya ada satu peluang berwukuf di Arafah sepanjang hidup kita.

Berdoalah dari 'hati', bukan hanya sekadar 'membaca' doa.
Cadangan pelan tindakan persediaan menjelang Wukuf di Arafah :
Siapkan fizikal, mental dan spiritual utk berdoa... mungkin peluang ini tidak datang lagi.
Sebaiknya makan tengahari sebelum solat Zohor & khutbah Arafah supaya tidak terbazir masa (waktu wukuf bermula masuk masuk Zohor).
Sediakan makanan ringan dan air mineral sepanjang tempoh berdoa (waktu Zohor hingga Maghrib, kira-kira 5 jam).
Pada sebelah pagi, survey dan kalau boleh 'booking' dulu kawasan TERBUKA yang paling sesuai untuk jadikan tempat untuk berdoa (Elakkan dari hanya duduk dalam khemah semasa waktu berdoa. Nota: ada jemaah yang tidak mahu meninggalkan khemah kerana khuatir sesat!)
Sediakan senarai doa/hajat utama mulai sekarang. Asingkan agar mudah membuat rujukan.
Sediakan buku-buku doa sebagai rujukan. Boleh juga rujuk buku doa seperti : 'Zikir, Doa & Wirid di Tanah Suci' oleh Ustaz Zahazan, berdasarkan nas-nas yang sohih (Telaga Biru)
Bantu kawan-kawan dengan bertukar-tukar contoh doa terdahulu (mungkin kita sendiri pun tidak terfikir utk berdoa sepert itu. Jangan lupa doakan juga penulis asal doa).
Sebaiknya, susun dan buat pembahagian khusus doa. Asingkan senarai doa khusus untuk diri sendiri, ibubapa, suami/isteri, anak-anak (seorang demi seorang), para guru, adik beradik, saudara mara, sahabat, rakan sekerja, jiran dan sebagainya.
Suami dan isteri amat digalakkan berdoa bersama. Bantu-membantu dan berganti-gantian berdoa dan meng'amin'kan doa. Pasti akan terasa sesuatu yang sukar digambarkan dengan kata-kata!
Apabila berdoa, sebutkan nama satu persatu orang yang kita doakan.
Semasa berdoa, hadirkan 'awareness' & keyakinan bhw Allah sedang melihat, mendengar rintihan kita. Allah sedang memuliakan kita di hadapan para malaikat.
Berdoa (BERTAUBAT, minta ampun) dengan bahasa yang kita faham supaya lebih menjiwai.
Berdoalah dari 'hati', bukan hanya sekadar 'membaca' doa, jika perlu merujuk teks.
Jangan lepaskan peluang berdoa lagi sungguh2 setelah waktu asar hingga saat-saat akhir hampir waktu maghrib. Ini adalah waktu keemasan !!!
Jika terasa letih brdoa, selang seli dengan brzikir dan berselawat, kemudian sambung berdoa lagi.
Bayangkan, kita belum pasti dapat mengecapi saat-saat sebegini lagi pada masa hadapan! Waktu wukuf hanya hadir sekali setahun, selama kira-kira 5 jam sahaja! Manafaatkan sepenuhnya waktu wukuf ini!
Ingatan oleh Dr. Abd Basit (DVD Perjalanan Haji) :
"Kita hanya ada kira-kira 5 jam waktu afdal berdoa semasa masuk waktu wukuf di Arafah. Jgn sia-siakan peluang ini dengan ronda sana sini ambil gambar unta!."
“Tidak ada hari yang Allah SWT membebaskan ramai hamba-Nya daripada api neraka lebih ramai daripada hari Arafah. Allah s.w.t.hampir dengan hamba-Nya dan berbangga-bangga dengan mereka kepada para malaikatdengan berfirman: “Apa yang mereka mahu?”
[HR Muslim No. 1348]
Semoga Allah s.w.t. mengampuni kita, bantu ikhtiar kita ini & kabulkan doa kita, aamin.
Comments