top of page
Search

Menantikan jemputan agung

  • Writer: sallonne sallonne
    sallonne sallonne
  • Jul 18, 2019
  • 2 min read

Updated: Jul 19, 2019

Allah menjemput siapa sahaja yang Allah inginkan untuk menjadi tetamu-Nya di tanah suci.



Subhanallah...

“Allah Maha Tahu bahawa keinginan dan kerinduan kita itu sedang membuak-buak di jiwa. Allah Maha Tahu dan Maha Mendengar rintihan kita untuk dipilih sebagai tetamu-Nya”

Subhanallah...alhamdulillah, semakin ramai saudara-saudara kita yang sudah Allah lembutkan hatinya untuk mula menanam tekad dan semangat bagi menyahut panggilan-Nya ke tanah suci. Langkah seterusnya yang dilakukan ialah membuka akaun simpanan di Tabung Haji. Kemudiannya mendaftar diri bagi dipertimbangkan untuk tersenarai dalam kuota jemaah haji bagi tahun yang dikenalpasti nanti.


Kepada mereka yang sudah pun mengorak langkah dengan melengkapkan ikhtiar di atas, tahniah diucapkan. Namun, usah dikhuatiri sangat tentang anggaran tahun keberangkatan yang diberikan oleh Tabung Haji. Barangkali tahun yang diberi ialah 2050 atau 2070.... atau pun mungkin lebih terkemudian dari itu!

“Barangkali tahun yang diberi ialah 2050 atau 2070.... atau pun mungkin lebih terkemudian dari itu! .”

Kadang-kala hal ini sedikit sebanyak memberi kesan psikologi kepada bakal jemaah sendiri. Antara bayangan pertama yang tergambar di fikiran ialah kata hati.... "entah sempat atau pun tidak... Allah sahaja yang tahu, nak buat macamana lagi?". Seperti ada sedikit rasa kerisauan dan kekecewaan di hati.... Apa tidaknya, semangat yang berkobar-kobar pada mulanya, terluntur sedikit apabila melihat empat nombor itu di depan mata sendiri.


Saudara-saudaraku yang baik hati....

Yakin dan percayalah.... Allah itu Maha Tahu apa yang ada di hati kita..

Allah Maha Tahu bahawa kita sudah benar-benar ingin dijemput sebagai tetamuNya...

Allah Maha Tahu bahawa keinginan dan kerinduan kita itu sedang membuak-buak di jiwa...

Allah Maha Tahu dan Maha Mendengar rintihan kita untuk dipilih sebagai tetamuNya...

Allah pun Maha Tahu bahawa kita sudah sempurnakan ikhtiar mendaftar diri untuk berangkat menunaikan haji....


Yakinlah bahawa tiada satu pun yang terlepas dari pengetahuanNya...


Cetakan anggaran tahun keberangkatan ke Tanah Suci itu hanyalah semata-mata sebagai memenuhi dan menghormati peraturan yang sedia ada. Tanpa berniat untuk merendahkan sesiapa, hakikatnya peraturan dan pergiliran itu sifatnya tidak lebih dari ciptaan manusia semata-mata. Sudah terbukti, ramai yang telah pun dijemput sebagai tetamuNya ke Tanah Suci jauh lebih awal lagi.... melalui pelbagai cara. Malah, ada juga yang pernah dijemput tanpa perlu mengeluarkan pembiayaan pula.... Subhanallah... Allah Maha Tahu untuk mengatur semuanya...


Saudara-saudaraku...


Allah juga Maha Tahu siapa yang harus dipilih sebagai tetamuNya yang paling istimewa... tidak kira hambaNya itu siapa.... miskin, kaya, tua, muda, sihat mahupun yang sedang diuji dengan penyakit... Ada yang sudah bersedia, namun di saat akhir tanpa diduga ada sahaja punca yang menyebabkan tidak jadi berangkat pergi. Ada yang belum cukup bersedia, namun kasih sayang dan kuasa Allah melangkaui apa sahaja yang disusun manusia. Akhirnya, menjadi tetamu Allah jua di sana.


Cadangan tips yang boleh difikirkan :


Justeru, usah dirisau sangat tentang anggaran tahun keberangkatan itu. Yang sangat penting buat masa ini ialah... luruskan niat, sempurnakan ikhtiar, berdoalah sepenuh hati, tawakkal dan, redho dengan ketentuannya.


Bisiklah dan berdoalah dengan lembut di dalam hati...."Andai kata aku 'dijemput' dahulu sebelum aku 'dijemput ke Tanah Suci', terimalah Ya Allah... bahawa aku sudah pun sempurnakan ikhtiarku untuk bertamu, menyambut panggilan agungMu.. aku redho dengan ketentuanMu..., aamin."


Sekian, sekadar sharing.... wassalam.



Comments


bottom of page