top of page
Search

The Power of Choice

  • Writer: sallonne sallonne
    sallonne sallonne
  • Jul 22, 2019
  • 2 min read

Semoga Allah membimbing kita untuk memilih perkara yang terbaik menurutNya.



Allah menguji untuk mendidik kita.

Adakalanya Allah menguji untuk mendidik. Antaranya, kita ditakdirkan berada dalam situasi yg sangat tegang. Barang kali kita diuji untuk berada dalam situasi yang boleh membuatkan kita marah. Di Tanah Suci, tidak mustahil kita akan berada dalam situasi yang sebegini.


Suatu hari, selesai solat isya' di masjid kita pun pulang ke hotel. Dalam perjalanan..... sudah terbayang nasi putih panas, kari ikan dan sayur campur. Ada air sirap. Semalam dihidangkan oren sebagai pencuci mulut. Hari ini mungkin epal.... Dalam kepenatan, langkah terus diatur pantas untuk mengisi perut yang sudah mula berkeroncong pada malam itu.


Nah... bila tiba di dewan makan, didapati nasi sudah habis. Kari tinggal bahagian kepala sahaja. Oren atau epal tidak kelihatan. Hanya tinggal bekas sahaja!


Apa yang akan kita lakukan? Ingat tadi... kita telah katakan bahawa ada ketikanya dalam kehidupan, kita akan diuji dengan situasi yang boleh membuatkan kita marah, bukan? Inilah situasinya.... inilah realiti.... di Tanah Suci pula...


Kata kuncinya ialah.... 'The Power of Choice' !


Kita boleh memilih untuk marah atau sebaliknya. Kedua-duanya akan memberikan impak yang sangat berlainan, bergantung kepada yang mana menjadi pilihan.


Ok... bagaimana jika kita cuba langkah ini....


“Aku berlapang dada dengan ketentuanMu, duhai Allah.”

Pertama... berhenti sebentar. Tenang. Relax. Tahan sedikit apa jua perkataan yang hampir terkeluar dari mulut kita pada waktu itu.

Ke-dua.... bisikkan sungguh-sungguh dalam hati secara penuh sedar.... "Ya Allah.. bantuku, aku mahu lulus ujian ini !"

Ke-tiga.... sedarlah bahawa syaitan tidak mahu kalah dalam pertarungan ini!

Ke-empat.... carilah lebih dari seribu satu alasan untuk bersangka baik dengan Allah.

Ke-lima.... kenal pasti satu antaranya.... sebagai contoh, bisikkan di hati, "aku berlapang dada dengan ketentuanMu ini..., jadikanlah ini sebagai jalan untukku menjadi ahli sabar...., syukur ya Allah. Inilah didikan halusMu untukku sebagai tetamuMu di Tanah Suci"


Subhanallah...nescaya, apabila sudah lulus ujian, kita akan berkata dgn penuh insaf... "Ya Allah.. terima kasih di atas didikanMu ini".


Sebaliknya, dalam situasi lain.... marilah semak kembali kualiti solat kita jika hingga kini, kita masih sering kurang sabar, kasar menutur kata atau sering saja marah-marah lagi. Bukankah solat itu sepatutnya mengajar kita erti sabar, lemah lembut dan 'self controlling'? Astagfirullah...


Marilah renungkan juga ...

apabila kita benar-benar sedang sakit hati...

ingatlah kembali... betapa hati orang lain juga pernah benar-benar kita sakiti suatu ketika dahulu... astaghfirullah....


Cadangan tips untuk difikirkan :


Ayuh kita manafaatkan anugerah Allah ini...'The Power of Choice'


Kita harus sentiasa hati-hati dan sedar tentang peranan licik syaitan. Syaitan itu tidak ada kerja lain kecuali cuba semampu mungkin menipu manusia, termasuk ahli-ahli solat.


Marilah bersama-sama... marilah kita melatih diri agar terus tenang dan terkawal apabila menghadapi situasi kemarahan... kerana marah itu gerbang besar masuknya syaitan ke dalam diri sendiri! Astagfirullah..


Mari kita hadapi, hayati dan nikmatilah pakej didikan Allah untuk menjadi ahli sabar di Tanah Suci.

Comments


bottom of page